Thursday, December 18, 2008

dengarkanlah permintaan hati...

Langkah tinta ini....
Aku tujukan buatmu
Untukmu yang terlalu dekat dalam hatiku
Untukmu yang selalu ada dihatiku
Untukmu yang benar ujud dalam ini
Aku mahu kamu fahaminya
Kerna kau ada didalam ini
Yang dipanggil hati

Dengarkan permintaan hati ini
Akan suara-suara cinta yang memanggil
Yang memujamu dengan bayu
Yang memandangmu dengan udara
Yang memikirmu dalam khayal
Yang selalu buat aku tersenyum
Tentang lewat harianmu
Tentang kias cinta yang bersaksi
Untuk kau mengerti
Dirimu tidak sendiri

Tersenyumlah...
Hiasi bibirmu dengan rekah manis
Walau seketika ini kau menderita
Saratnya rindu yang sengsara
Pasti akan kembali juga cinta
Untuk bersamamu selamanya
Aku mahu kau tahu
Hati ini kepunyaanmu
Biar dalam diam telah ku pendam

Jangan sesekali merasa letih
Melayani kerinduan dalam kesepian
Dengarkanlah permintaan hati ini
Yang mahu kau sambut bayu-bayu dihadapanmu
Dengan lirik mata dan senyuman
Dengan sejuta doa dan harapan
Yang telah ku utuskan bersama rindu
Rindu yang terlalu tulus

Dengarlah permintaan hati
Kau masih disayangi dan dicintai
Telah ada satu hati menyayangimu
Yang sanggup terluka untuk kamu
Yang sanggup segalanya demi kamu
Asal kau bahagia dan tersenyum semula
Kerana telah lama aku menunggu
Berada lama menanti kau membuka pintu
Pintu hatimu

No comments: